Tidak semua orang boleh dapat apa yang dia mahu.
.
Bersyukur aku dengan segala nikmat dan rezeki yang ALLAH SWT berikan kepadaku sepanjang hidupku ini.
.
Kadang-kadang terlintas di hati ini, berkat kah rezeki yang aku dapat ini?
.
Adakah rezeki ini aku perolehi dengan keikhlasan disaat aku melakukan kerja-kerjaku?
.
Adakah rezeki ini aku perolehi dengan menjaga amanah yang diberikan kepadaku?
.
Adakah rezeki ini ku perolehi dengan cara yang baik?
.
Allahu Akbar..saat aku mendengar lagu nasyid daripada kumpulan ShoutuAmal "Tujuh Dinar Terakhir" membuat air hujan menitis laju dari kelopak mataku. Sungguh keinsafan terpanah jauh sedalam-dalamnya di dalam hati ini.
.
Saat detik terakhir hidup Rasulullah S.A.W, baginda berasa resah gelisah kerana tujuh dinar yang masih tersimpan dalam tangan baginda. Sehinggakan dinar tersebut di agih-agihkan kepada orang miskin dan baginda memerdekakan hamba sahayanya, barulah tenteram perasaan kekasih agung kita.
.
Allahu, aku ingin membahagikan rezeki pada mereka yang memerlukan. Biarpun hartaku bukan berjuta tapi jika cukup untuk buat mereka tersenyum, cukup juga membuat aku bahagia.