Assalamualaikum

Assalamualaikum

Friday, 14 August 2015

Ayahku Bapaku

Ayah adalah seorang insan yang paling bermakna dalam hidupku selepas Ibu. Ayah adalah insan yang sanggup berpenat- lelah dari pagi ke petang menggunakan tulang empat keratnya untuk mencari rezki demi isteri dan anak-anaknya. Bapa sanggup berlapar asalkan anak-anaknya dapat makan. Ayah seorang yang penyabar kerana sanggup melayan karenah anaknya selepas pulang dari bekerja meskipun ketika dia sangat letih dia masih mempunyai masa untuk anak dan isteri. Begitulah Bapaku, meskipun bapa belum makan dia sanggup dahulukan anak-anaknya makan dan sanggup mencari ikan segar untuk dimasak mami demi menyambut kepulangan kami adik-beradik. Bapa cakap kalau ada calon menantu bapa mahu menantu yang pandai cari ikan sebab bapa tidak mahhu anak-anaknya makan ikan yang tidak segar. Lucu! tapi itulah bapa yang sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Dulu bapa bekerja sebagai pemaju mukim tapi berhenti pada tahun 2009 kerana lebih memilih untuk bekerja kampung sehingga ke hari ini. Kadang-kadang tidak tertahan air mata ini melihat mami dan bapa bekerja tanpa henti demi mencari rezki untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat kami adik-beradik. Alhamdulillah akhirnya kami bertiga dah habis belajar tinggal adik yang bungsu lagi belajar. Kakakku pun da bekerja begitu juga adik lelaki. Sekarang tunggu aku habis praktikal, inshaALLAH ada rezki lepas praktikal dapat kerja terus. Aku tidak mengharapkan apa-apa dari sesiapa namun aku hanya mengharapkan ALLAH SWT berikan yang terbaik buatku dan meredhakan hati ini dengan ketentuan-Nya.

No comments:

Post a Comment