Assalamualaikum

Assalamualaikum

Sunday, 1 March 2015

Kesembuhan Bagi Kedukaan



Memetik ayat-ayat nukilan Suhaida Adnan dalam "Buku Perancangan Eksekutif Islam 2015 1436-1437H"
KESEMBUHAN BAGI KEDUKAAN.
Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Adakalanya hati kita terluka oleh orang lain ataupun situasi. Terdapat cara yang disyorkan oleh pakar untuk mengubati hati yang terluka, namun ianya terpulang kepada diri sendiri.

1) Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Mungkin bunyinya nampak senang. Bahkan pasti ada yang berkata "Senang ja buat benda ni."
Tapi kita kena praktikannya secara berterusan. Bila kita sering merasa sedih mungkin keperitan itu terbawa-bawa ke alam kenangan sehinggakan kita akan terkenang dan berduka. Namun kita harus bertindak  mengawal emosi dan perasaan dari mengingati kesedihan yang lalu. Cuba bermula dari sekarang, kita tanamkan dalam diri bertekad untuk melupakan semua kesedihan itu. Kosongkan memori kenangan, bulatkan azam, fokus pada masa depan, cita-cita, impian, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.Mungkin kita tidak dapat melupakan kesemua memori duka sekali gus, tetapi jika kita usahakan secara perlahan-lahan InshaALLAH kita dapat melupakannya. 

2) Buang Sifat Kebimbangan

Sifat bimbang memberikan dua kesan kepada kita. Iaitu:

Pertama, ia menarik pada penentuan yang tidak baik, masalah, dan musibah tanpa diduga.
Kedua, meberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.

Kebimbangan akan membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa. Belajar untuk bertenang dan latih diri mengawal emosi agar sikap bimbang dapat dibuang.

3) Belajar Rajin Bersyukur

Bersyukur atas segala yang kita ada. Mengucap syuukur kerana kita dikurniakan Maha Pencipta deria yang lengkap, dapat melihat keindahan alam, menarik nafas setiap kali bangun dari tidur, menghirup udara segar, mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang memahami. Istiqamah, ucaplah syukur sebanyak yang mungkin, sehingga merasa syukur tersebut meresap kedalam jiwa.  

4) Mendidik Diri Menjadi Pemaaf

Sikap suka memaafkan kesalahan diri sendiri dan orang lain terhadap kita dapat membersihkan hati dari perasaan dan emosi yang negatif. Seterusnya meneutralkan gelombang fikiran negatif dalam minda kita. Belajar menjadi seorang pemaaf dan ketenangan akan dapat kita rasai.

5) Ketawa dan Terus Ketawa 

Ketawa yang ikhlas adalah ketawa yang dapat menggembirakan diri kita dan menjadikan kita girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap keadaan agar kita boleh ketawa secara automatik. Kerana ketawa dapat menghilangkan rasa sedih.

6) Ubah Fikiran

Kita tidak dapat mengubah keadaan yang boleh buat kita sedih dan kecewa. Tapi kita boleh merubah fikiran dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk mana pun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik awan mendung. 

7) Tekadkan Hati

Tekadkan hati. Ketegasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. ALLAH SWT menurunkan musibah, masalah dan bermacam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan perbuatan-perbuatan masa lalu (Kifarah). Buat baik pasti dibalas baik begitu juga seballiknya.  Cuba ingat kembali kejahatan kecil yang pernah kita lakukan. Mungkin ada  walau kita tidak sedar. Kerana itulah kita perlu bersikap baik kepada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, tetapkan minda untuk mencapai 'mood' ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik sambil bertenang. Jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan kepada diri bahawa hari ini adalah hari yang baru untuk diri anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu sebuah hari yang baik, sungguh baik dan sebaik yang mungkin daripada hari yang sebelumnya. InshaALLAH.







No comments:

Post a Comment