Jodoh pertemuan Allah SWT tentukan..
Seperti biasa setiap hari aku akan menunggu bas di simpang jalan, jika pada permulaan praktikal aku selalu menunggu bas awal iaitu sebelum 6.30am namun sekarang aku lebih suka menunggu jam 7.30am disebabkan bila menunggu awal bas tidak muncul dan hanya akan muncul pada jam 7.30am. Jumaat yang lalu semasa menunggu bas aku bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah aku lihat sepanjang sebulan lebih ni. Kebetulan semasa dalam bas aku duduk bersebelahan wanita itu. Tetiba dia memulakan perbualan dan aku merasa senang kepadanya sehingga tidak sedar terlalu banyak yang telah kami bualkan. Dia memperkenalkan diri sebagai Kak Dayang, berasal dari KL dan baharu sahaja berpindah kerja disini, bekerja di Takaful Ikhlas bahagian sales. Setelah sampai ke destinasi yang dituju kami berpisah untuk ke tempat kerja masing-masing.
Pada petangnya seperti biasa aku akan menaiki bas juga, namun tidak tahu kenapa pada hari itu bas kurang sedangkan penumpang yang menunggu untuk pulang terlalu ramai sehingga perlukan tenaga untuk berebut bersama mereka. Sejak dari zaman U aku adalah orang yang tidak suka berebut untuk naik bas kecuali terdesak. Pada hari itu, sedang duduk menunggu bas seterusnya tetiba ada seorang nenek duduk disebelahku, kulihat dia dalam keadaan letih (kasihan kataku dalam hati). Tiba-tiba nenek itu bersuara menanyakan dimana bas Kalansanaan, dan aku memberitahu bahawa bas da penuh dan sekarang kami perlu menunggu bas seterusnya datang. Hampir setengah jam menunggu, bas tidak juga muncul, nenek tadi sudah berkali-kali bertanyakan kepadaku tentang bas, setiap kali adaa bas lain lalu, mesti nenek akan bertanya dan aku pula akan menjawab bahawa itu bukan bas yang kami tunggu. Setelah hampir sejam bas pun muncul, namun yang muncul hanyalah bas kecil yang hanya boleh memuatkan 13 penumpang sedangkan yang menunggu adalah lebih dari muatan dan semua terpaksa berebut. Aku memegang nenek dan mengajak dia untuk ke bas walaupun aku tahu bahawa peluang untuk berebut adalah tipis, dan bila tiba dihadapan bas, bas sudah pun penuh. Nampak sekali kekecewaan diraut wajah nenek tua tadi. Kesihan sungguh aku melihat dia, tetiba rindu hati ini kepada arwah nenek kesayanganku. Al-fatihah buat nenekku. Terlihat keletihan diwajah nenek tadi, aku sempat bertanya dia dari mana dan hendak ke mana..dia berkata dia baharu sahaja sampai ke KK dari Lahad Datu. Perjalanan yang mengambil masa 6/7 jam menyebabkan dia bertolak pada waktu malam (khamis) dan tiba di terminal Inanam pada waktu pagi. Nenek tadi berkata dia menaiki bas dan sesat entah ke mana sehingga berjumpa dengan seorang lelaki bersama isterinya yang baik hati menghantar nenek ke terminal pada petang itu. Aku tertanya-tanya kemanakah nenek menunggu sejak pagi sehinggalkan petang baharu dia sampai ke terminal, namun pertanyaan itu ku simpan didalam hati. Aku membawa nenek nenek untuk duduk sementara menunggu bas. Jam menunjukkan hari semakin gelap. Nenek bertanya sekiranya ada bas yang boleh membawa kami ke inanam. Aku mengajak nenek untuk menaiki bas ke Inanam kemudian menaiki bas ke Kalansanaan. Ku lihat terlalu ramai orang menunggu bas sedangkan bas yang ada hanyalah bas kecil. Semasa dalam bas nenek berkata "Kalau dari tadi kita naik bas ni, sudah tentu kita sampai ke rumah awal". Aku hanya mengiyakan sahaja. Nenek bertanya dimana tempat kami akan turun dan aku membawa nenek melintas jalan, namun kesihan aku melihat nenek yang tidak berupaya untuk berlari namun cuba untuk berjalan cepat melintas jalan. Nenek sempat membuat lawak katanya "da macam itik kita dijalan raya ini" kata nenek dan aku tertawa kecil. Nenek sempat mengomen tentang tanbang bas yang baginya agak mahal dan berkata tidak semua orang punya banyak duit (menunjukan kepada dirinya) mendengar itu aku memasang niat untuk membayar tambang bas nenek. Tiba di terminal bas Inanam aku dan nenek pelik dan tertanya mengapa kami tidak melihat sebuah pun bas di situ, setelah bertanya kepada orang yang ada disekitar situ baharulah kami tahu bahawa terminal bas telah pun berpindah disebelah pejabat pos. Semasa dalam bas aku bertanya kepada seorang kakak yang menumpang sama tentang tambang bas, nenek pun bertanya kepadaku tentang tambang bas dan aku berkata kepada nenek bahawa aku sahaja yang akan membayarkan tambang untuknya. Nenek berterima kasih kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku kerana telah baik dengannya dan membantunya. Aku terharu apabila nenek mencium dahiku semasa aku menyalamnya dan mendoakan kebaikan untukku.
Tetiba aku teringat akan seorang pakcik yang aku temui d KLIA semasa hendak pulang ke Sabah. Pakcik itu lebih kurang sebaya atukku, semasa bertemu pakcik itu aku tengah bercakap ditelefon kebetulan tengah memberi salam dan tetiba pakcik itu menjawab salam aku memandang kebelakang dan senyum kepadanya. Sempat juga aku bercerita dengan pakcik dan bertanyakan dia dari mana dan hendak kemana..pada ketika itu pakcik itu hendak balik ke keningau setelah bercuti dirumah anaknya. Tengah berjalan beriringan kulihat pakcik itu kelihatan penat dan seperti sesak nafas, aku menghulurkan tangan untuk membantu mengangkat begnya sehingga tiba ke tempat duduk. Setelah masuk kedalam kapal kami duduk di kerusi yang berlainan. 2 jam penerbangan akhirnya kami selamat mendarat ke KKIA. Semasa menunggu kawan diluar, aku terserempak sekali lagi dengan pakcik dan pakcik itu menghulurkan tangan untuk bersalam dissebabkan pakcik lebih kkurang sebaya dengan atukku aku menyambut tangannya untuk bersalam, dan perkara yang paling mengejutkan aku ialah apabila pakcik itu mencium dahiku seolah-olah menganggap aku seperti anaknya, sehingga kini aku massih mengingati pakcik itu.
Assalamualaikum
Monday, 17 August 2015
Friday, 14 August 2015
Air mata Ayah
Ayah mungkin seorang yang garang dan tidak rapat dengan anaknya (bukan semua), namun ayahlah insan yang mudah mengalirkan air mata bila bercerita tentang anak perempuannya. Kerana selagi anak perempuan belum sah bergelar seorang isteri dia masih dibawah tanggungjawab ayahnya. Disaat lafaz sakinah bermula maka selesailah tugas seorang ayah. Ayah nampak tegas diluar namun ayahlah yang mempunyai hati paling lembut. Tersentuh bila aku dengan mata kepalaku sendiri melihat Pengarah mmengalirkan air mata disaat bercerita tentang anaknya selepas meeting tadi. Beliau berkata dia mudah mengalirkan air mata bila bercerita tentang anak-anaknya. Mungkin disebabkan beliau jarang berjumpa anak-anaknya yang selalu jauh dari keluarga. Betapa rindunya hati seorang ayah. Sungguh saat ini aku merinduukan bapaku.
Ayahku Bapaku
Ayah adalah seorang insan yang paling bermakna dalam hidupku selepas Ibu. Ayah adalah insan yang sanggup berpenat- lelah dari pagi ke petang menggunakan tulang empat keratnya untuk mencari rezki demi isteri dan anak-anaknya. Bapa sanggup berlapar asalkan anak-anaknya dapat makan. Ayah seorang yang penyabar kerana sanggup melayan karenah anaknya selepas pulang dari bekerja meskipun ketika dia sangat letih dia masih mempunyai masa untuk anak dan isteri. Begitulah Bapaku, meskipun bapa belum makan dia sanggup dahulukan anak-anaknya makan dan sanggup mencari ikan segar untuk dimasak mami demi menyambut kepulangan kami adik-beradik. Bapa cakap kalau ada calon menantu bapa mahu menantu yang pandai cari ikan sebab bapa tidak mahhu anak-anaknya makan ikan yang tidak segar. Lucu! tapi itulah bapa yang sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Dulu bapa bekerja sebagai pemaju mukim tapi berhenti pada tahun 2009 kerana lebih memilih untuk bekerja kampung sehingga ke hari ini. Kadang-kadang tidak tertahan air mata ini melihat mami dan bapa bekerja tanpa henti demi mencari rezki untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat kami adik-beradik. Alhamdulillah akhirnya kami bertiga dah habis belajar tinggal adik yang bungsu lagi belajar. Kakakku pun da bekerja begitu juga adik lelaki. Sekarang tunggu aku habis praktikal, inshaALLAH ada rezki lepas praktikal dapat kerja terus. Aku tidak mengharapkan apa-apa dari sesiapa namun aku hanya mengharapkan ALLAH SWT berikan yang terbaik buatku dan meredhakan hati ini dengan ketentuan-Nya.
Pejam Celik
Assalamualaikum..
Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku meninggalkan zaman kuliah, assignment dan presentation. Banyak benda yang telah aku pelajari sepanjang sebulan lebih ni. Berjumpa dengan kawan-kawan baru. Bergaul dengan orang-orang yang berpangkat dan tidak kurang juga mereka yang bekerja biasa-biasa sahaja. Kata orang jika kita mahu menuntut ilmu jangan memilih orang. Belajarlah dari siapa sahaja tidak kira mereka berpangkat ataupun tidak. Hidup ni biar ikut resam padi makin berisi makin tunduk. Jangan pernah sombong untuk belajar dari mereka yang lebih rendah dari kita. Lagi sebulan lebih aku akan menghabiskan praktikalku. Berada di Design Development Centre mengajar aku banyak perkara tentang perniagaan. Mengapa pentingnya penjenamaan, pembungkusan, pensijilan dan sebagainya. Walaupun agak busy namun aku gembira belajar semua tu. Kerana InshaALLAH suatu hari nanti aku akan menjadi usahawan yang berjaya.
Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku meninggalkan zaman kuliah, assignment dan presentation. Banyak benda yang telah aku pelajari sepanjang sebulan lebih ni. Berjumpa dengan kawan-kawan baru. Bergaul dengan orang-orang yang berpangkat dan tidak kurang juga mereka yang bekerja biasa-biasa sahaja. Kata orang jika kita mahu menuntut ilmu jangan memilih orang. Belajarlah dari siapa sahaja tidak kira mereka berpangkat ataupun tidak. Hidup ni biar ikut resam padi makin berisi makin tunduk. Jangan pernah sombong untuk belajar dari mereka yang lebih rendah dari kita. Lagi sebulan lebih aku akan menghabiskan praktikalku. Berada di Design Development Centre mengajar aku banyak perkara tentang perniagaan. Mengapa pentingnya penjenamaan, pembungkusan, pensijilan dan sebagainya. Walaupun agak busy namun aku gembira belajar semua tu. Kerana InshaALLAH suatu hari nanti aku akan menjadi usahawan yang berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)