Assalamualaikum

Assalamualaikum

Saturday, 21 March 2015

Cikguku, Nenekku.

~Dayang Lapuan~ 
Al- Fatihah buat Cikguku, Nenekku. Beliau merupakan cikguku yang mengajar subjek Bahasa Melayu semasa aku berumur 7 tahun (tahun1). Beliau seorang yang sangat penyayang terhadap para pelajarnya. Bukan aku seorang sahaja yang pernah diajar oleh beliau malah kakak sulungku, adik ketigaku dan yang bongsu juga sempat diajarnya. Beliaulah yang banyak memberi nasihat kepada mummy, supaya mummy dan bapa memberikan aku dan adik-beradik pendidikan yang tinggi. Jangan putus asa kata beliau. Selain menjadi seorang cikgu bagi kami, beliau juga merupakan nenek saudaraku. Setiap kali bertemu dengan c adik bongsu pasti ada sahaja benda yang dihulurkan beliau buat c adik. Terlalu sayang beliau kepada c adik bongsu dan terlalu rapat hubungan mereka. Banyak kenangan kami bersama beliau. Perkara yang tidak dapat aku lupakan disaat hari-hari terakhir, beliau sempat memberitahu aku untuk membuat permohonan menjadi seorang guru, mengikut jejaknya. Aku hanya mengiyakan walaupun aku tahu sukar untukku memenuhi impian beliau yang mahu melihat aku menjadi seorang guru. Kerana bidang yang aku ambil di Universiti sangat jauh dengan bidang perguruan. Menjadi seorang guru adalah impianku sejak kecil lagi. 3 kali aku hadir temuduga untuk menjadi guru namun bidang lain yang ku dapat. Walaupun agak kecewa aku sedar semua ini adalah kehendak ALLAH SWT. Belajar untuk redha atas ketentuan-Nya. Selepas kembalinya beliau ke pangkuan ILLAHI, sehingga kini tidak pernah aku lupa saat-saat akhir bersama beliau, terutama apa yang beliau katakan padaku. Jika semasa beliau masih sihat mummy selalu ke Sekolah untuk berjumpa beliau didalam biliknya, namun sekarang mummy sudah jarang ke Sekolah itu melainkan perkara-perkara penting yang melibatkan c adik bongsu. Mummy sedih setiap kali datang ke Sekolah itu, kerana selalu teringat akan beliau. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa beliau dan tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamin

Friday, 13 March 2015

Mamutik Island~

Assalamualaikum W.B.T
Sudah seminggu berlalu, baharu hari ini dapatku kongsikan pengalamanku snorkeling bersama sahabat-sahabatku jumaat (06/03/15) yang lalu.

Pengalaman yang tidak akan dapatku lupakan apabila dapat melihat dengan mata sendiri hidupan laut yang cantik-cantik, dengan ikan-ikan kecil dan besar yang berwarna-warni, batu karang yang pelbagai bentuk dan warna, landak laut, tapak sulaiman, dan ubur-ubur. SubhanAllah sungguh indah ciptaan Allah SWT. Jika ada kesempatan lagi inginku berjalan didasar laut dan menyelam sambil melihat ciptaan Yang Maha Kuasa.






Pulau Mamutik terletak dalam gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Kedudukannya lebih kurang 3 km daripada Jeti Jeselton Kota Kinabalu. Dengan keluasan 15 ekar (61,000 m2), Pulau Mamutik merupakan pulau terkecil dikalangan gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Jika pelancong berlepas daripada Jeti Hotel Tanjung Aru Beach, perjalanan ke pulau itu mengambil masa sekitar 5 minit dengan bot laju. Sungguhpun ia merupakan pulau tekecil, ia menawarkan beberapa pantai yang baik dan terumbu karang. Ia turut memiliki jeti, rumah rehat 3 bilik tidur untuk disewa, dan kuartes kaki tangan bagi stesyen Ranger. Kemudahan termasuk bilik bersalin pakaian, bilik air, perlindungan berkelah, meja dan tempat memanggang. Air tawar dan eletrik juga disediakan. Pulau Mamutik terkenal sebagai tempat istirehat kepada ramai pengunjung di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Batu karang di timur lautnya amat menarik. Pantainya berbatu dan perenang perlu berhati-hati terhadap landak laut yang hadir dalam bilangan yang besar di kawasan berbatu karang dan batu.
Memasuki Pulau Mamutik, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan indah yang begitu tenang, pesisir pantai pulau yang berpasir putih dan airnya yang begitu jernih nampak dari permukaan. Setiap pengunjung yang hadir ke pulau Mamutik diwajibkan untuk membayar yuran pemuliharaan Taman Negara, kos bayaran ini juga boleh ditanggung oleh operator syarikat menyelam, atau pelancongan yang dibayar oleh pengunjung melalui pakej-pakej aktiviti yang mereka sukai.
Pulau tropika ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup subur diatas pulau. Laut pulau yang jernih juga amat sesuai untuk berenang dan beristirehat. Kepada penggemar aktiviti snorkeling, terdapat juga beberapa terumbu karang hidup yang hidup sihat di perairan pulau, Pulau Mamutik juga merupakan rumah kepada karang distichopora asing. Lautnya juga merupakan habitat semulajadi untuk beberapa ikan seperti Sergeant Major, Parrot fish, Butterfly fish dan Angle fish, juga habitat untuk ikan Clown Anemonefish.
Pulau ini dianggap sebagai hub rehat buat kebanyakan pengunjung yang datang ke Taman Tunku Abdul rahman untuk menyelam, snorkeling, aktiviti paragliding, dan bot laju seperti bot pisang, skuter air dan banyak lagi. Terdapat beberapa gerai makan, kedai runcit dan khemah istirehat yang menawarkan makanan barbeque dengan seni reka khemah yang menarik dan selesa. Banyak sekali kerusi, meja yang direka bentuk dan dibalut dengan penuh warna-warni dan menarik serta bersih, sesuai untuk pengunjung beristirehat. Terdapat juga tandas awam yang bersih dan sesuai untuk mandi, dan penukaran pakaian.
Pulau Mamutik hanya satu-satunya pulau yang dibenarkan untuk beristirehat dan membina khemah, walau bagaimanapun kebenaran bertulis perlu terlebih dahulu diperolehi dari Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, yang menjadi autoriti penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan Taman-Taman Negara di Sabah. Ditengah-tengah pulau terdapat beberapa kuburan lama. Ia merupakan kubur penduduk awal Pulau mamutik sebelum mereka dipindahkan ke Kota Kinabalu dan Pulau Gaya pada tahun 1979 kerana Pulau Mamutik telah digazetkan sebagai Taman Negara.
Pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman adalah Pulau GayaPulau SapiPulau Manukan,Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.



Thursday, 12 March 2015

American vs Asian


Memetik kata-kata dari fb Tuan Fazli Little Trees mengenai American vs Asian.

Tuan Fazli Little Trees berkata, Americans apabila beri kepercayaan kepada kita dalam bisnes, mereka akan beri kita rating 100% di peringkat awal dan jika kita tidak menjaga amanah atau perform, barulah percentage kita turun sikit demi sedikit. The trust is there.
Tetapi orang Asia, akan meletakkan angka "0" bila kita bermula, kalau kita "bagus" atau perform barulah markah kita naik sedikit demi sedikit hingga ke 100 percent.

Mana kerja yang lebih menarik dan seronok ? Tentulah seperti American. Right?

Mereka beri kepercayaan kepada beliau di peringkat awal 100% keyakinan.
 "I believe that this young man can do it", kata mereka. 
Dr. Samaan, pemilik saham terbesar dalam LITTLE TREES mengucapkan kepada beliau 
" I love to do business, I like to meet good people like you and good luck young man !"
Kata-kata itu menyuntik satu semangat pada beliau sehingga hari ini.

Tentu sukar bagi kita orang asia untuk mendapat keyakinan bagi memulakan perniagaan sekiranya orang asia masih berfikiran sebegitu. Banyak perkara yang kita perlu pelajari bukan? Selain daripada belajar di IPTA/ IPTS, kita boleh mendapatkan nasihat daripada usahawan-usahawan berjaya atau organisasi-organisasi kerajaan, NGO melalui kursus-kursus yang ditawarkan.

Hope, I can create my own business setelah habis belajar nanti dan moga mendapat kepercayaan dari masyarakat kita. In Sha Allah. Rabbi Yassir Wala tu assir .

Monday, 2 March 2015

Istiqamah


Aku bukanlah seorang wanita yang lahir terus menjadi si soleha. Aku hanyalah wanita biasa yang tidak lepas dari melakukan silap. Terlalu banyak kekurangan yang ada dalam diri ini, sehinggakan kadang-kala aku malu terhadap diriku sendiri. Malu apabila dipuji kerana aku takut dengan pujian itu aku menjadi bangga diri dan lupa siapa diriku yang sebenarnya. Aku lagi malu kepada ALLAH SWT, betapa sayangnya ALLAH SWT kepadaku dengan mengurniakan nikmat kepadaku tapi aku terlalai sehingga terlupa sebentar kepada-Nya. Sungguh ALLAH SWT menguji manusia dengan dua perkara iaitu menguji dengan kesusahan agar manusia kembali bermohon kepada-Nya. Kedua, menguji manusia dengan kesenangan menguji sama ada manusia akan bersyukur kepada-Nya atau tidak. Ya ALLAH, sesunguhnya aku bersyukur atas segala nikmat deria yang Engkau berikan kepadaku, namun kadang-kala aku salah menggunakannya. Melihat perkara yang tidak elok, mendengar sesuatu yang melalaikan, melangkah ke tempat-tempat yang tidak baik, dan berkata-kata perkara yang tidak bermanfaat. Ampuni aku Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Ya ALLAH akanku berusaha untuk menjadi wanita soleha. Akanku berusaha menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapanya. Akanku berusaha menjadi penuntut ilmu yang berjaya didunia dan akhirat. Akanku berusaha mencari rezki yang halal. Akanu berusaha menjadi sahabat yang terbaik. Akanku berusaha menjadi jiran yang baik. Akanku berusaha menjadi isteri yang soleha. Akanku berusaha menjadi ibu yang mithali. Akanku berusaha memperbaiki diriku setiap masa. Bantulah aku Ya ALLAH. 
Rabbi Yassir, Wala tua'ssir. 

Sunday, 1 March 2015

Kesembuhan Bagi Kedukaan



Memetik ayat-ayat nukilan Suhaida Adnan dalam "Buku Perancangan Eksekutif Islam 2015 1436-1437H"
KESEMBUHAN BAGI KEDUKAAN.
Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Adakalanya hati kita terluka oleh orang lain ataupun situasi. Terdapat cara yang disyorkan oleh pakar untuk mengubati hati yang terluka, namun ianya terpulang kepada diri sendiri.

1) Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Mungkin bunyinya nampak senang. Bahkan pasti ada yang berkata "Senang ja buat benda ni."
Tapi kita kena praktikannya secara berterusan. Bila kita sering merasa sedih mungkin keperitan itu terbawa-bawa ke alam kenangan sehinggakan kita akan terkenang dan berduka. Namun kita harus bertindak  mengawal emosi dan perasaan dari mengingati kesedihan yang lalu. Cuba bermula dari sekarang, kita tanamkan dalam diri bertekad untuk melupakan semua kesedihan itu. Kosongkan memori kenangan, bulatkan azam, fokus pada masa depan, cita-cita, impian, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.Mungkin kita tidak dapat melupakan kesemua memori duka sekali gus, tetapi jika kita usahakan secara perlahan-lahan InshaALLAH kita dapat melupakannya. 

2) Buang Sifat Kebimbangan

Sifat bimbang memberikan dua kesan kepada kita. Iaitu:

Pertama, ia menarik pada penentuan yang tidak baik, masalah, dan musibah tanpa diduga.
Kedua, meberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.

Kebimbangan akan membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa. Belajar untuk bertenang dan latih diri mengawal emosi agar sikap bimbang dapat dibuang.

3) Belajar Rajin Bersyukur

Bersyukur atas segala yang kita ada. Mengucap syuukur kerana kita dikurniakan Maha Pencipta deria yang lengkap, dapat melihat keindahan alam, menarik nafas setiap kali bangun dari tidur, menghirup udara segar, mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang memahami. Istiqamah, ucaplah syukur sebanyak yang mungkin, sehingga merasa syukur tersebut meresap kedalam jiwa.  

4) Mendidik Diri Menjadi Pemaaf

Sikap suka memaafkan kesalahan diri sendiri dan orang lain terhadap kita dapat membersihkan hati dari perasaan dan emosi yang negatif. Seterusnya meneutralkan gelombang fikiran negatif dalam minda kita. Belajar menjadi seorang pemaaf dan ketenangan akan dapat kita rasai.

5) Ketawa dan Terus Ketawa 

Ketawa yang ikhlas adalah ketawa yang dapat menggembirakan diri kita dan menjadikan kita girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap keadaan agar kita boleh ketawa secara automatik. Kerana ketawa dapat menghilangkan rasa sedih.

6) Ubah Fikiran

Kita tidak dapat mengubah keadaan yang boleh buat kita sedih dan kecewa. Tapi kita boleh merubah fikiran dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk mana pun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik awan mendung. 

7) Tekadkan Hati

Tekadkan hati. Ketegasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. ALLAH SWT menurunkan musibah, masalah dan bermacam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan perbuatan-perbuatan masa lalu (Kifarah). Buat baik pasti dibalas baik begitu juga seballiknya.  Cuba ingat kembali kejahatan kecil yang pernah kita lakukan. Mungkin ada  walau kita tidak sedar. Kerana itulah kita perlu bersikap baik kepada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, tetapkan minda untuk mencapai 'mood' ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik sambil bertenang. Jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan kepada diri bahawa hari ini adalah hari yang baru untuk diri anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu sebuah hari yang baik, sungguh baik dan sebaik yang mungkin daripada hari yang sebelumnya. InshaALLAH.