Assalamualaikum

Assalamualaikum

Thursday, 10 September 2015

Roda Kehidupan

Hidup ini ibarat roda, sekejap kita berada dibawah sekejap di atas dan ianya berpusing-pusing. 
Fitrah hidup apa yang kita beri itu yang kita dapat, apa yang kita tanam itu yang kita tuai. 

Monday, 17 August 2015

Jumaat itu..

Jodoh pertemuan Allah SWT tentukan..

Seperti biasa setiap hari aku akan menunggu bas di simpang jalan, jika pada permulaan praktikal aku selalu menunggu bas awal iaitu sebelum 6.30am namun sekarang aku lebih suka menunggu jam 7.30am disebabkan bila menunggu awal bas tidak muncul dan hanya akan muncul pada jam 7.30am. Jumaat yang lalu semasa menunggu bas aku bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah aku lihat sepanjang sebulan lebih ni. Kebetulan semasa dalam bas aku duduk bersebelahan wanita itu. Tetiba dia memulakan perbualan dan aku merasa senang kepadanya sehingga tidak sedar terlalu banyak yang telah kami bualkan. Dia memperkenalkan diri sebagai Kak Dayang, berasal dari KL dan baharu sahaja berpindah kerja disini, bekerja di Takaful Ikhlas bahagian sales. Setelah sampai ke destinasi yang dituju kami berpisah untuk ke tempat kerja masing-masing.


Pada petangnya seperti biasa aku akan menaiki bas juga, namun tidak tahu kenapa pada hari itu bas kurang sedangkan penumpang yang menunggu untuk pulang terlalu ramai sehingga perlukan tenaga untuk berebut bersama mereka. Sejak dari zaman U aku adalah orang yang tidak suka berebut untuk naik bas kecuali terdesak. Pada hari itu, sedang duduk menunggu bas seterusnya tetiba ada seorang nenek duduk disebelahku, kulihat dia dalam keadaan letih (kasihan kataku dalam hati). Tiba-tiba nenek itu bersuara menanyakan dimana bas Kalansanaan, dan aku memberitahu bahawa bas da penuh dan sekarang kami perlu menunggu bas seterusnya datang. Hampir setengah jam menunggu, bas tidak juga muncul, nenek tadi sudah berkali-kali bertanyakan kepadaku tentang bas, setiap kali adaa bas lain lalu, mesti nenek akan bertanya dan aku pula akan menjawab bahawa itu bukan bas yang kami tunggu. Setelah hampir sejam bas pun muncul, namun yang muncul hanyalah bas kecil yang hanya boleh memuatkan 13 penumpang sedangkan yang menunggu adalah lebih dari muatan dan semua terpaksa berebut. Aku memegang nenek dan mengajak dia untuk ke bas walaupun aku tahu bahawa peluang untuk berebut adalah tipis, dan bila tiba dihadapan bas, bas sudah pun penuh. Nampak sekali kekecewaan diraut wajah nenek tua tadi. Kesihan sungguh aku melihat dia, tetiba rindu hati ini kepada arwah nenek kesayanganku. Al-fatihah buat nenekku. Terlihat keletihan diwajah nenek tadi, aku sempat bertanya dia dari mana dan hendak ke mana..dia berkata dia baharu sahaja sampai ke KK dari Lahad Datu. Perjalanan yang mengambil masa 6/7 jam menyebabkan dia bertolak pada waktu malam (khamis) dan tiba di terminal Inanam pada waktu pagi. Nenek tadi berkata dia menaiki bas dan sesat entah ke mana sehingga berjumpa dengan seorang lelaki bersama isterinya yang baik hati menghantar nenek ke terminal pada petang itu. Aku tertanya-tanya kemanakah nenek menunggu sejak pagi sehinggalkan petang baharu dia sampai ke terminal, namun pertanyaan itu ku simpan didalam hati. Aku membawa nenek nenek untuk duduk sementara menunggu bas. Jam menunjukkan hari semakin gelap. Nenek bertanya sekiranya ada bas yang boleh membawa kami ke inanam. Aku mengajak nenek untuk menaiki bas ke Inanam kemudian menaiki bas ke Kalansanaan. Ku lihat terlalu ramai orang menunggu bas sedangkan bas yang ada hanyalah bas kecil. Semasa dalam bas nenek berkata "Kalau dari tadi kita naik bas ni, sudah tentu kita sampai ke rumah awal". Aku hanya mengiyakan sahaja. Nenek bertanya dimana tempat kami akan turun dan aku membawa nenek melintas jalan, namun kesihan aku melihat nenek yang tidak berupaya untuk berlari namun cuba untuk berjalan cepat melintas jalan. Nenek sempat membuat lawak katanya "da macam itik kita dijalan raya ini" kata nenek dan aku tertawa kecil. Nenek sempat mengomen tentang tanbang bas yang baginya agak mahal dan berkata tidak semua orang punya banyak duit (menunjukan kepada dirinya) mendengar itu aku memasang niat untuk membayar tambang bas nenek. Tiba di terminal bas Inanam aku dan nenek pelik dan tertanya mengapa kami tidak melihat sebuah pun bas di situ, setelah bertanya kepada orang yang ada disekitar situ baharulah kami tahu bahawa terminal bas telah pun berpindah disebelah pejabat pos. Semasa dalam bas aku bertanya kepada seorang kakak yang menumpang sama tentang tambang bas, nenek pun bertanya kepadaku tentang tambang bas dan aku berkata kepada nenek bahawa aku sahaja yang akan membayarkan tambang untuknya. Nenek berterima kasih kepadaku dan mendoakan kebaikan untukku kerana telah baik dengannya dan membantunya. Aku terharu apabila nenek mencium dahiku semasa aku menyalamnya dan mendoakan kebaikan untukku.

Tetiba aku teringat akan seorang pakcik yang aku temui d KLIA semasa hendak pulang ke Sabah. Pakcik itu lebih kurang sebaya atukku, semasa bertemu pakcik itu aku tengah bercakap ditelefon kebetulan tengah memberi salam dan tetiba pakcik itu menjawab salam aku memandang kebelakang dan senyum kepadanya. Sempat juga aku bercerita dengan pakcik dan bertanyakan dia dari mana dan hendak kemana..pada ketika itu pakcik itu hendak balik ke keningau setelah bercuti dirumah anaknya. Tengah berjalan beriringan kulihat pakcik itu kelihatan penat dan seperti sesak nafas, aku menghulurkan tangan untuk membantu mengangkat begnya sehingga tiba ke tempat duduk. Setelah masuk kedalam kapal kami duduk di kerusi yang berlainan. 2 jam penerbangan akhirnya kami selamat mendarat ke KKIA. Semasa menunggu kawan diluar, aku terserempak sekali lagi dengan pakcik dan pakcik itu menghulurkan tangan untuk bersalam dissebabkan pakcik lebih kkurang sebaya dengan atukku aku menyambut tangannya untuk bersalam, dan perkara yang paling mengejutkan aku ialah apabila pakcik itu mencium dahiku seolah-olah menganggap aku seperti anaknya, sehingga kini aku massih mengingati pakcik itu.

Friday, 14 August 2015

Air mata Ayah

Ayah mungkin seorang yang garang dan tidak rapat dengan anaknya (bukan semua), namun ayahlah insan yang mudah mengalirkan air mata bila bercerita tentang anak perempuannya. Kerana selagi anak perempuan belum sah bergelar seorang isteri dia masih dibawah tanggungjawab ayahnya. Disaat lafaz sakinah bermula maka selesailah tugas seorang ayah. Ayah nampak tegas diluar namun ayahlah yang mempunyai hati paling lembut. Tersentuh bila aku dengan mata kepalaku sendiri melihat Pengarah mmengalirkan air mata disaat bercerita tentang anaknya selepas meeting tadi. Beliau berkata dia mudah mengalirkan air mata bila bercerita tentang anak-anaknya. Mungkin disebabkan beliau jarang berjumpa anak-anaknya yang selalu jauh dari keluarga. Betapa rindunya hati seorang ayah. Sungguh saat ini aku merinduukan bapaku.

Ayahku Bapaku

Ayah adalah seorang insan yang paling bermakna dalam hidupku selepas Ibu. Ayah adalah insan yang sanggup berpenat- lelah dari pagi ke petang menggunakan tulang empat keratnya untuk mencari rezki demi isteri dan anak-anaknya. Bapa sanggup berlapar asalkan anak-anaknya dapat makan. Ayah seorang yang penyabar kerana sanggup melayan karenah anaknya selepas pulang dari bekerja meskipun ketika dia sangat letih dia masih mempunyai masa untuk anak dan isteri. Begitulah Bapaku, meskipun bapa belum makan dia sanggup dahulukan anak-anaknya makan dan sanggup mencari ikan segar untuk dimasak mami demi menyambut kepulangan kami adik-beradik. Bapa cakap kalau ada calon menantu bapa mahu menantu yang pandai cari ikan sebab bapa tidak mahhu anak-anaknya makan ikan yang tidak segar. Lucu! tapi itulah bapa yang sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Dulu bapa bekerja sebagai pemaju mukim tapi berhenti pada tahun 2009 kerana lebih memilih untuk bekerja kampung sehingga ke hari ini. Kadang-kadang tidak tertahan air mata ini melihat mami dan bapa bekerja tanpa henti demi mencari rezki untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat kami adik-beradik. Alhamdulillah akhirnya kami bertiga dah habis belajar tinggal adik yang bungsu lagi belajar. Kakakku pun da bekerja begitu juga adik lelaki. Sekarang tunggu aku habis praktikal, inshaALLAH ada rezki lepas praktikal dapat kerja terus. Aku tidak mengharapkan apa-apa dari sesiapa namun aku hanya mengharapkan ALLAH SWT berikan yang terbaik buatku dan meredhakan hati ini dengan ketentuan-Nya.

Pejam Celik

Assalamualaikum..

Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah sebulan lebih aku meninggalkan zaman kuliah, assignment dan presentation. Banyak benda yang telah aku pelajari sepanjang sebulan lebih ni. Berjumpa dengan kawan-kawan baru. Bergaul dengan orang-orang yang berpangkat dan tidak kurang juga mereka yang bekerja biasa-biasa sahaja. Kata orang jika kita mahu menuntut ilmu jangan memilih orang. Belajarlah dari siapa sahaja tidak kira mereka berpangkat ataupun tidak. Hidup ni biar ikut resam padi makin berisi makin tunduk. Jangan pernah sombong untuk belajar dari mereka yang lebih rendah dari kita. Lagi sebulan lebih aku akan menghabiskan praktikalku. Berada di Design Development Centre mengajar aku banyak perkara tentang perniagaan. Mengapa pentingnya penjenamaan, pembungkusan, pensijilan dan sebagainya. Walaupun agak busy namun aku gembira belajar semua tu. Kerana InshaALLAH suatu hari nanti aku akan menjadi usahawan yang berjaya.

Saturday, 6 June 2015

Throwback...

Sungguh tidak terasa masa begitu cepat berlalu. Terasa baru semalam aku menjejakkan kaki ke bumi UMS (Universiti Malaysia Sabah). 06/09/2012 tarikh mulanya MSM dan 26/06/2015 tarikh terakhir final exam third year student. Banyak kenangan yang tercipta disini. Ingin aku mengimbas kembali program-program yang pernah aku join sepanjang menuntut ilmu disini. Bermula dari Majlis Suai Mesra, Program Kolej Kediaman, Program Kos, dan Program Kelab. Aku akan merindui saat-saat berprogram yang pastinya tidak akan aku perolehi apabila habis belajar nanti. Sungguh kehidupan menjadi Mahasiswa/wi adalah kehidupan yang sangat memberi kesan dalam hidupku. 




























Tuesday, 26 May 2015

Be Strong



Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu
(Muhammad, 47:31)

Saturday, 21 March 2015

Cikguku, Nenekku.

~Dayang Lapuan~ 
Al- Fatihah buat Cikguku, Nenekku. Beliau merupakan cikguku yang mengajar subjek Bahasa Melayu semasa aku berumur 7 tahun (tahun1). Beliau seorang yang sangat penyayang terhadap para pelajarnya. Bukan aku seorang sahaja yang pernah diajar oleh beliau malah kakak sulungku, adik ketigaku dan yang bongsu juga sempat diajarnya. Beliaulah yang banyak memberi nasihat kepada mummy, supaya mummy dan bapa memberikan aku dan adik-beradik pendidikan yang tinggi. Jangan putus asa kata beliau. Selain menjadi seorang cikgu bagi kami, beliau juga merupakan nenek saudaraku. Setiap kali bertemu dengan c adik bongsu pasti ada sahaja benda yang dihulurkan beliau buat c adik. Terlalu sayang beliau kepada c adik bongsu dan terlalu rapat hubungan mereka. Banyak kenangan kami bersama beliau. Perkara yang tidak dapat aku lupakan disaat hari-hari terakhir, beliau sempat memberitahu aku untuk membuat permohonan menjadi seorang guru, mengikut jejaknya. Aku hanya mengiyakan walaupun aku tahu sukar untukku memenuhi impian beliau yang mahu melihat aku menjadi seorang guru. Kerana bidang yang aku ambil di Universiti sangat jauh dengan bidang perguruan. Menjadi seorang guru adalah impianku sejak kecil lagi. 3 kali aku hadir temuduga untuk menjadi guru namun bidang lain yang ku dapat. Walaupun agak kecewa aku sedar semua ini adalah kehendak ALLAH SWT. Belajar untuk redha atas ketentuan-Nya. Selepas kembalinya beliau ke pangkuan ILLAHI, sehingga kini tidak pernah aku lupa saat-saat akhir bersama beliau, terutama apa yang beliau katakan padaku. Jika semasa beliau masih sihat mummy selalu ke Sekolah untuk berjumpa beliau didalam biliknya, namun sekarang mummy sudah jarang ke Sekolah itu melainkan perkara-perkara penting yang melibatkan c adik bongsu. Mummy sedih setiap kali datang ke Sekolah itu, kerana selalu teringat akan beliau. Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa beliau dan tempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamin

Friday, 13 March 2015

Mamutik Island~

Assalamualaikum W.B.T
Sudah seminggu berlalu, baharu hari ini dapatku kongsikan pengalamanku snorkeling bersama sahabat-sahabatku jumaat (06/03/15) yang lalu.

Pengalaman yang tidak akan dapatku lupakan apabila dapat melihat dengan mata sendiri hidupan laut yang cantik-cantik, dengan ikan-ikan kecil dan besar yang berwarna-warni, batu karang yang pelbagai bentuk dan warna, landak laut, tapak sulaiman, dan ubur-ubur. SubhanAllah sungguh indah ciptaan Allah SWT. Jika ada kesempatan lagi inginku berjalan didasar laut dan menyelam sambil melihat ciptaan Yang Maha Kuasa.






Pulau Mamutik terletak dalam gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Kedudukannya lebih kurang 3 km daripada Jeti Jeselton Kota Kinabalu. Dengan keluasan 15 ekar (61,000 m2), Pulau Mamutik merupakan pulau terkecil dikalangan gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Jika pelancong berlepas daripada Jeti Hotel Tanjung Aru Beach, perjalanan ke pulau itu mengambil masa sekitar 5 minit dengan bot laju. Sungguhpun ia merupakan pulau tekecil, ia menawarkan beberapa pantai yang baik dan terumbu karang. Ia turut memiliki jeti, rumah rehat 3 bilik tidur untuk disewa, dan kuartes kaki tangan bagi stesyen Ranger. Kemudahan termasuk bilik bersalin pakaian, bilik air, perlindungan berkelah, meja dan tempat memanggang. Air tawar dan eletrik juga disediakan. Pulau Mamutik terkenal sebagai tempat istirehat kepada ramai pengunjung di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Batu karang di timur lautnya amat menarik. Pantainya berbatu dan perenang perlu berhati-hati terhadap landak laut yang hadir dalam bilangan yang besar di kawasan berbatu karang dan batu.
Memasuki Pulau Mamutik, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan indah yang begitu tenang, pesisir pantai pulau yang berpasir putih dan airnya yang begitu jernih nampak dari permukaan. Setiap pengunjung yang hadir ke pulau Mamutik diwajibkan untuk membayar yuran pemuliharaan Taman Negara, kos bayaran ini juga boleh ditanggung oleh operator syarikat menyelam, atau pelancongan yang dibayar oleh pengunjung melalui pakej-pakej aktiviti yang mereka sukai.
Pulau tropika ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup subur diatas pulau. Laut pulau yang jernih juga amat sesuai untuk berenang dan beristirehat. Kepada penggemar aktiviti snorkeling, terdapat juga beberapa terumbu karang hidup yang hidup sihat di perairan pulau, Pulau Mamutik juga merupakan rumah kepada karang distichopora asing. Lautnya juga merupakan habitat semulajadi untuk beberapa ikan seperti Sergeant Major, Parrot fish, Butterfly fish dan Angle fish, juga habitat untuk ikan Clown Anemonefish.
Pulau ini dianggap sebagai hub rehat buat kebanyakan pengunjung yang datang ke Taman Tunku Abdul rahman untuk menyelam, snorkeling, aktiviti paragliding, dan bot laju seperti bot pisang, skuter air dan banyak lagi. Terdapat beberapa gerai makan, kedai runcit dan khemah istirehat yang menawarkan makanan barbeque dengan seni reka khemah yang menarik dan selesa. Banyak sekali kerusi, meja yang direka bentuk dan dibalut dengan penuh warna-warni dan menarik serta bersih, sesuai untuk pengunjung beristirehat. Terdapat juga tandas awam yang bersih dan sesuai untuk mandi, dan penukaran pakaian.
Pulau Mamutik hanya satu-satunya pulau yang dibenarkan untuk beristirehat dan membina khemah, walau bagaimanapun kebenaran bertulis perlu terlebih dahulu diperolehi dari Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, yang menjadi autoriti penting dalam pemeliharaan dan pemuliharaan Taman-Taman Negara di Sabah. Ditengah-tengah pulau terdapat beberapa kuburan lama. Ia merupakan kubur penduduk awal Pulau mamutik sebelum mereka dipindahkan ke Kota Kinabalu dan Pulau Gaya pada tahun 1979 kerana Pulau Mamutik telah digazetkan sebagai Taman Negara.
Pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman adalah Pulau GayaPulau SapiPulau Manukan,Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.



Thursday, 12 March 2015

American vs Asian


Memetik kata-kata dari fb Tuan Fazli Little Trees mengenai American vs Asian.

Tuan Fazli Little Trees berkata, Americans apabila beri kepercayaan kepada kita dalam bisnes, mereka akan beri kita rating 100% di peringkat awal dan jika kita tidak menjaga amanah atau perform, barulah percentage kita turun sikit demi sedikit. The trust is there.
Tetapi orang Asia, akan meletakkan angka "0" bila kita bermula, kalau kita "bagus" atau perform barulah markah kita naik sedikit demi sedikit hingga ke 100 percent.

Mana kerja yang lebih menarik dan seronok ? Tentulah seperti American. Right?

Mereka beri kepercayaan kepada beliau di peringkat awal 100% keyakinan.
 "I believe that this young man can do it", kata mereka. 
Dr. Samaan, pemilik saham terbesar dalam LITTLE TREES mengucapkan kepada beliau 
" I love to do business, I like to meet good people like you and good luck young man !"
Kata-kata itu menyuntik satu semangat pada beliau sehingga hari ini.

Tentu sukar bagi kita orang asia untuk mendapat keyakinan bagi memulakan perniagaan sekiranya orang asia masih berfikiran sebegitu. Banyak perkara yang kita perlu pelajari bukan? Selain daripada belajar di IPTA/ IPTS, kita boleh mendapatkan nasihat daripada usahawan-usahawan berjaya atau organisasi-organisasi kerajaan, NGO melalui kursus-kursus yang ditawarkan.

Hope, I can create my own business setelah habis belajar nanti dan moga mendapat kepercayaan dari masyarakat kita. In Sha Allah. Rabbi Yassir Wala tu assir .

Monday, 2 March 2015

Istiqamah


Aku bukanlah seorang wanita yang lahir terus menjadi si soleha. Aku hanyalah wanita biasa yang tidak lepas dari melakukan silap. Terlalu banyak kekurangan yang ada dalam diri ini, sehinggakan kadang-kala aku malu terhadap diriku sendiri. Malu apabila dipuji kerana aku takut dengan pujian itu aku menjadi bangga diri dan lupa siapa diriku yang sebenarnya. Aku lagi malu kepada ALLAH SWT, betapa sayangnya ALLAH SWT kepadaku dengan mengurniakan nikmat kepadaku tapi aku terlalai sehingga terlupa sebentar kepada-Nya. Sungguh ALLAH SWT menguji manusia dengan dua perkara iaitu menguji dengan kesusahan agar manusia kembali bermohon kepada-Nya. Kedua, menguji manusia dengan kesenangan menguji sama ada manusia akan bersyukur kepada-Nya atau tidak. Ya ALLAH, sesunguhnya aku bersyukur atas segala nikmat deria yang Engkau berikan kepadaku, namun kadang-kala aku salah menggunakannya. Melihat perkara yang tidak elok, mendengar sesuatu yang melalaikan, melangkah ke tempat-tempat yang tidak baik, dan berkata-kata perkara yang tidak bermanfaat. Ampuni aku Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Ya ALLAH akanku berusaha untuk menjadi wanita soleha. Akanku berusaha menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapanya. Akanku berusaha menjadi penuntut ilmu yang berjaya didunia dan akhirat. Akanku berusaha mencari rezki yang halal. Akanu berusaha menjadi sahabat yang terbaik. Akanku berusaha menjadi jiran yang baik. Akanku berusaha menjadi isteri yang soleha. Akanku berusaha menjadi ibu yang mithali. Akanku berusaha memperbaiki diriku setiap masa. Bantulah aku Ya ALLAH. 
Rabbi Yassir, Wala tua'ssir. 

Sunday, 1 March 2015

Kesembuhan Bagi Kedukaan



Memetik ayat-ayat nukilan Suhaida Adnan dalam "Buku Perancangan Eksekutif Islam 2015 1436-1437H"
KESEMBUHAN BAGI KEDUKAAN.
Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Adakalanya hati kita terluka oleh orang lain ataupun situasi. Terdapat cara yang disyorkan oleh pakar untuk mengubati hati yang terluka, namun ianya terpulang kepada diri sendiri.

1) Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Mungkin bunyinya nampak senang. Bahkan pasti ada yang berkata "Senang ja buat benda ni."
Tapi kita kena praktikannya secara berterusan. Bila kita sering merasa sedih mungkin keperitan itu terbawa-bawa ke alam kenangan sehinggakan kita akan terkenang dan berduka. Namun kita harus bertindak  mengawal emosi dan perasaan dari mengingati kesedihan yang lalu. Cuba bermula dari sekarang, kita tanamkan dalam diri bertekad untuk melupakan semua kesedihan itu. Kosongkan memori kenangan, bulatkan azam, fokus pada masa depan, cita-cita, impian, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.Mungkin kita tidak dapat melupakan kesemua memori duka sekali gus, tetapi jika kita usahakan secara perlahan-lahan InshaALLAH kita dapat melupakannya. 

2) Buang Sifat Kebimbangan

Sifat bimbang memberikan dua kesan kepada kita. Iaitu:

Pertama, ia menarik pada penentuan yang tidak baik, masalah, dan musibah tanpa diduga.
Kedua, meberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.

Kebimbangan akan membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa. Belajar untuk bertenang dan latih diri mengawal emosi agar sikap bimbang dapat dibuang.

3) Belajar Rajin Bersyukur

Bersyukur atas segala yang kita ada. Mengucap syuukur kerana kita dikurniakan Maha Pencipta deria yang lengkap, dapat melihat keindahan alam, menarik nafas setiap kali bangun dari tidur, menghirup udara segar, mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang memahami. Istiqamah, ucaplah syukur sebanyak yang mungkin, sehingga merasa syukur tersebut meresap kedalam jiwa.  

4) Mendidik Diri Menjadi Pemaaf

Sikap suka memaafkan kesalahan diri sendiri dan orang lain terhadap kita dapat membersihkan hati dari perasaan dan emosi yang negatif. Seterusnya meneutralkan gelombang fikiran negatif dalam minda kita. Belajar menjadi seorang pemaaf dan ketenangan akan dapat kita rasai.

5) Ketawa dan Terus Ketawa 

Ketawa yang ikhlas adalah ketawa yang dapat menggembirakan diri kita dan menjadikan kita girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap keadaan agar kita boleh ketawa secara automatik. Kerana ketawa dapat menghilangkan rasa sedih.

6) Ubah Fikiran

Kita tidak dapat mengubah keadaan yang boleh buat kita sedih dan kecewa. Tapi kita boleh merubah fikiran dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk mana pun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik awan mendung. 

7) Tekadkan Hati

Tekadkan hati. Ketegasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. ALLAH SWT menurunkan musibah, masalah dan bermacam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan perbuatan-perbuatan masa lalu (Kifarah). Buat baik pasti dibalas baik begitu juga seballiknya.  Cuba ingat kembali kejahatan kecil yang pernah kita lakukan. Mungkin ada  walau kita tidak sedar. Kerana itulah kita perlu bersikap baik kepada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, tetapkan minda untuk mencapai 'mood' ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik sambil bertenang. Jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan kepada diri bahawa hari ini adalah hari yang baru untuk diri anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu sebuah hari yang baik, sungguh baik dan sebaik yang mungkin daripada hari yang sebelumnya. InshaALLAH.







Friday, 27 February 2015

Saat Rahim Mula Bermonolog


Sedihnya apabila mendengar saat rahim mula bermonolog. Anak kecil itu ibarat kain putih yang suci dan bersih. Kita sebagai ibubapa lah yang akan mecorakkannya. Betapa sedihnya pabila si bayi suci yang berada dalam rahim mula merintih, menangis dan merayu kepada ALLAH SWT agar ALLAH SWT mengambilnya semula. Kerana si bayi suci tidak sanggup untuk lahir di dunia tanpa mendengar Iqamat daripada seorang lelaki yang bergelar ayah. Dibelai dan dimanjakan oleh seorang wanita yang bergelar ibu.
Angkara dosa yang dilakukan mereka, si bayi yang tidak berdosa mula dibenci sejak dalam rahim lagi, bayangkan bagaimana si bayi boleh hidup dengan senang dalam rahim tersebut untuk tempoh yang lama (9 bulan) ? 

"Apalah guna untuk aku lahir di dunia ini?" Bisik si bayi suci itu

Saat bayi yang lain mula dinantikan dengan nama yang indah, aku pula akan dibuang. Saat bayi lain mula disediakan dengan pakaian yang cantik dan bersih, aku pula hanya berbalut plastik hitam. Saat bayi yang lain disediakan tempat tidur ditilam yang empuk, aku pula tidur ditepi jalan, didalam tandas yang kotor dan didalam tong sampah. Saat bayi yang lain dimanja dan dibelai dengan kasih-sayang, aku pula digigit oleh anjing-anjing liar itu.

Tolong! Tolong! Tolong!

"Ya ALLAH, ambillah aku kembali kepada-Mu." Doa si bayi suci
"Aku berasa sungguh sakit"

Monolog rahim~

Sedih. Sungguh sedih. Satu pengajaran buat kita. Jadikanlah monolog ini sebagai peringatan kepada kita agar si bayi suci yang tidak bersalah itu dapat hidup di dunia ini atas cinta suci yang halal.


~FS~
ABBHB13UMS
280215


Thursday, 26 February 2015

Aku ingin pergi JAUH


Aku ingin pergi jauh, jauh dari keluargaku agar aku tahu apa ertinya rindu.
Aku ingin pergi jauh agar aku belajar untuk berdikari.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat menimba lebih banyak ilmu.
Aku ingin pergi jauh agar aku tahu apa itu erti kasih dan sayang.
Aku ingin pergi jauh agar aku tahu apa erti kehidupan yang sebenar.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat mengumpul cebisan kenangan daripada sebuah pengalaman.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat memperbaiki segala kekurangan.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat melihat luasnya nikmat ALLAH SWT.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat menguji kebijaksanaanku dalam membuat keputusan.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat mencari kemanisan iman.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat belajar untuk mengawal nafsuku.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat melihat kehidupan di luar sana.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat belajar dari melakukan kesilapan.
Aku ingin pergi jauh agar aku menjadi seorang yang soleh/ha buat si dia yang soleh/ha.
Aku ingin pergi jauh agar aku mengerti untuk mencari rezki.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat mengejar kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Aku ingin pergi jauh agar aku dapat mencapai kejayaanku di dunia dan akhirat.
Namun aku hanya merancang, ALLAH SWT yang menentukan apa yang terbaik buatku.
Dengan rendah hati aku berdoa moga ALLAH SWT memberikan keredhaan kepadaku sepanjang melalui jalan kehidupan yang direncanakan-Nya.

Sungguh aku ingin pergi JAUH...

~FS~
ABBHB13UMS
270215